NAK SALAHKAN SIAPA JIKA ANAK ANDA ADA TEMAN TAPI MESRA?

Teringat pepatah orang-orang tua, “nak jaga lembu sekandang, lebih senang daripada jaga seorang anak perempuan”



Anak-anak perempuan sekarang bukannya boleh ditegur. Salah tegur, merajuk dan mulalah nak bawa diri. Jika ada kenalan atau teman lelaki pula, lagilah tak dengar cakap. Kemudian, asyik keluar ber'dating' sahaja. 

Kisah 'Teman Tapi Mesra' yang menjadi viral awal Januari lalu membuatkan netizen mengeji tindakan mereka. Seaakan tiada rasa malu apabila bercuti bersama-sama sedangkan mereka di bawah umur dan sepatutnya masih di bawah jagaan ibu bapa. 

Kerana susahnya mendidik anak-anak perempuan, pahalanya juga luar biasa.  Nabi Muhammad SAW menerangkan bahawa kesabaran mendidik anak perempuan akan menjadi tabir penghalang dari api neraka. Diriwayatkan dari Uqbah bin Nafie ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa memiliki tiga anak wanita kemudian ia sabar atas (merawat dan mendidik) mereka serta ia memberi makan dan minum mereka dari apa-apa yang ia dapatkan maka anak-anak wanita tersebut akan menjadi penghalang baginya dari api neraka di hari kiamat.”  (HR. Ahmad)

Memetik pandangan Warga Prihatin ;

Antara isu penting untuk difikir dan dibendung ialah,

1. Teruna dan dara 'bercuti bersama'
2. Langkawi tempat 'kesawitan cinta' dan menyempurnakan zina..
3. Langkawi tempat bertapa sementara untuk melahirkan bayi zina. 
4. Tudung hanya di sekolah sahaja.
5. Lebih 30% pasangan berkahwin bercerai. Apatahlagi sekadar cinta.
6. Inilah rata-rata calun ibu dan ayah kepada anak cucu kita.

Untuk bercuti perlukan belanja dan izin ibubapa. Dari manakah mereka dapat dana dan izin itu? Inikah hasil dari kerja keras ibubapa mencari rezeki? Inikah yang bakal menunggu kita di syurga nanti?

Kita tidaklah menuduh adik-adik ini berzina kerana itu hanya mereka yang tahu. Tetapi pergaulan bebas seperti ini lebih kepada mendekati zina dan itu amat dilarang Allah. 

Gejala sosial umat ini sudah cukup teruk sekarang. Janganlah ditambah lagi. Cegahlah selagi boleh sebelum semuanya 'terlanjur'. Cuba perhatikan semua link yang kami sertakan dalam artikel ini. Perhatikan berapa banyak kes buang bayi dan gejala sosial yang terjadi di Langkawi.

Jadi, siapakah yang harus dipersalahkan dalam isu ini? Fikir-fikirkanlah!

PETUA PELIK NENEK UMUR 112 TAHUN - HISAP ROKOK 30 BATANG SEHARI

Di Nepal, seorang nenek berusia 112 tahun panjang umur apabila memberitahu rahsia boleh hidup lama dan sihat adalah dengan menghisap 'beedi'.



Dia menghisap 30 batang  rokok atau 'beedi' ini yang seakan rokok daun dalam sehari sepanjang tempoh 95 tahun.

Nenek yang dikenali sebagai Batuli Lamichhane dilahirkan pada bulan Mac 1903 di Nepal mula merokok pada usia 17 tahun.

Dia mendakwa tabiat itu adalah rahsia umur panjang.

“Orang zaman moden ini berdepan terlalu banyak tekanan. Mereka yang tidak mahu bekerja tidak akan hidup lama jadi anda perlu aktif dan bebas dari tekanan.

“Anda kena sentiasa gembira, barulah umur panjang," katanya.








AMARAN!! JANGAN BUAT 15 PERKARA INI PADA TAHUN 2016

Kegawatan ekonomi semasa mengajar kita supaya sentiasa berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebaik mungkin ketika ekonomi negara dilihat semakin merudum. Mengikut pakar-pakar ekonomi, ekonomi dijangka akan mula gawat mulai tahun 2015  dan kini kesannya sudah mula dirasai semenjak kejatuhan teruk matawang Ringgit Malaysia pada tahun 2015.



Kesannya, harga barang mula naik dan beban hutang mula meningkat. Jadi apakah persiapan kita untuk menghadapi situasi ini jika kegawatan ekonomi semakin teruk? Pertama sekali, anda perlu elakkan dari melakukkan 15 perkara ini, dipetik dari Azizul Azli Ahmad :

1. Jangan tukar kerja waktu ini kerana yang 'terakhir masuk, paling awal keluar'

2. Pakai saja kereta lama jangan berangan nak pakai Honda, beli logo Honda tampal tak mengapa.

3. Jangan bina hutang baru, hutang lama kambus segera.

4. Jangan belanja simpanan kecemasan yang ada, bila bila masa akan berguna.

5. Jangan lupa sedekah, walau kita saat sedang susah sebenarnya.

6. Jangan beli rumah mewah, duduk rumah pangsa bukan dosa.

7. Jangan banyak tengok katalog ikea, nanti geram nak tukar sofa.

8. Jangan malas membaca, ada banyak idea tambah pendapatan yang luar biasa sebenarnya.

9. Jangan 'dating' di Pavilions, makan roti harga macam makan kambing sahaja.

10. Jangan lupa cari pendapatan tambahan, buat buat tido dan harap orang derma dalam akaun kita. Itu kerja giler.

11. Jangan tambah isteri yang ada, kekal yang lama tambah bahagia.

12. Jangan cari suami yang kaya, banyak dah contoh kekal tak lama.

13. Jangan merungut duit tak ada depan anak kita, berusahalah suami kacak semua.

14. Jangan malu pandu viva, semua yang bawak kacak macam bangla.

15. Jangan lupa bina Tabung Warna. walau ada yang ketawa tengok tabung kita. Jumlahnya beribu juga, engkau ada...

Gawat datang lagi, kali ini lebih ngeri. Bersedialah kita untuk zaman kering ini, katanya panjang musim kering kali ini.

Jadi, bersediakah anda menghadapi musim gawat yang bakal tiba? Menabunglah dari sekarang, rancang kewangan anda sebaiknya dan langsaikan hutang yang sediaada. Sama-sama kita doakan semoga ekonomi Malaysia segera pulih dan tidak berlaku krisis kegawatan ekonomi yang teruk seperti yang pernah melanda negara di tahun 1997/1998 dahulu.

SAMSENG LEBUHRAYA: REVERSE & LANGGAR KERETA BELAKANG, PEMANDU DICARI

Menurut makluman yang diterima, kejadian berlaku di Lebuhraya Utara selatan arah selatan. Gelagat pemandu yang mempamerkan aksi berbahaya ini menjadi viral sekelip mata.



Perbuatan seperti 'samseng' ini dikongsi oleh Facebook akaun 'Friends of PDRM' yang sengaja berhenti dilorong paling kanan sebelum bertindak mengundurkan kenderaannya dan melanggar kereta di bahagian belakang. Mujur kenderaan mangsa dimuatkan dengan cctv kereta.

Setelah melanggar kenderaan terbabit, dia memecut laju seolah-olah tidak bersalah melakukan perbuatan itu, video berdurasi 12 saat itu merakam aksi kejadian itu.

Walaupun ada yang mengandaikan pemilik rakaman yang juga 'mangsa kenderaan yang dilanggar' memandu terlalu perlahan, namun tindakan kereta terbabit sangat bahaya dan boleh membahayakan nyawa orang lain.

Ada juga netizen yang beranggapan bahawa perbuatan yang dilakukan oleh kenderaan terbabit sebagai memberi pengajaran namun ia tetap perbuatan SALAH.

Walaupun tidak dapat dipastikan punca pemandu tersebut bertindak sedemikian namun yang pasti pemandu kenderaan terbabit kini sedang diburu untuk siasatan lanjut.

SIKAP SEDERHANA JUTAWAN SYED MOKHTAR AL BUKHARY YANG RAMAI ORANG TAK TAHU

Kehebatan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary sememangnya sangat dikagumi dan memberi inspirasi kepada semua, terutamanya orang Melayu.



Status yang dimuatnaik oleh seorang netizen ini sebenarnya petikan kata-kata Syed Mokhtar lebih 10 tahun lalu melalui satu wawancara dengan akhbar Mingguan Malaysia.



Ya, ia bukan satu berita atau perkara yang baharu. Namun, inisiatif netizen ini menaikkan semula kata-kata tersebut di laman sosial, dilihat mampu mengingatkan kembali masyarakat, prinsip yang diamalkan oleh jutawan ini.

Sikap bersederhana yang dipamerkan sangat boleh digunapakai pada hari ini, zaman yang ramai merungut kerana kenaikan kos, kejatuhan nilai mata wang dan ekonomi. 

"Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana."

"Tetapi orang Melayu umumnya apabila berniaga perkara pertama yang dilakukan ialah beli kereta mewah."

Ini merupakan kata-katanya yang merupakan prinsip dan juga sikap membawa kepada kejayaannya pada hari ini.

Jadikan kesederhanaan yang dipamerkan ini sebagai pencetus motivasi dan inspirasi untuk apa jua yang kita lakukan. Memang dalam Islam mengajar umatnya bersederhana, kan.

DASAR KURANG AJAR! Peminat Gelarkan Adira HANTU Di Instagram!


Hati ibu mana yang tidak terguris apabila anak sendiri diejek dan dicaci tanpa sebab ketika bergelar artis. Terdapat segelintir peminat Adira AF telah mengejek sebagai hantu putih di Instagram peribadi artis itu. 



Dipetik Adira berkata

"Mereka memang selalu ejek saya hantu di Instagram, saya tidak kisah dan peduli sehingga pada minggu lalu ibu saya telefon dan menegur tentang perkara itu. Dia sungguh sedih apabila mereka menulis begitu biarpun hanya untuk bergurau. Lebih teruk ada yang mendoakan agar saya tidak boleh berjalan pada satu gambar di Instagram."

Menurut Adira, terdapat beberapa komen yang dibalasnya dan bukan bertujuan untuk bergaduh dengan peminat tetapi mahu mereka sedar tentang menjaga perasaan orang lain.

"Saya jarang balas komen-komen di Instagram, namun bila ibu saya menangis dan sedih saya jadi marah dan ingin mereka tahu perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Kalau seorang dua sahaja tidak mengapa, ini tidak… mereka tag kawan-kawan yang lain supaya meninggalkan komen yang buruk-buruk pada gambar saya itu."

WOW MENGEJUTKAN! Gambar Terkini Shuib Sepahtu Yang Berbadan SADO!

Shuib Sepahtu kini berbadan sado, workout 2 bulan (6 Gambar)

Wow! Itu sahaja perkataan yang mampu kami cakap apabila melihat perubahan terkini Shuib Sepahtu yang kini semakin sado. Menurut sumber, perubahan itu dilakukan hanya dalam tempoh dua bulan setelah bekerja keras di gym. Semakin ramai artis berbadan sado.









Gunung Everest - Tahukah Anda Berapa Kos Untuk Mendaki Gunung Ini? Anda Pasti Terkejut!

Tahukah anda bahawa Gunung Everest akan bertambah ketinggiannya sebanyak 2.4 inci setahun?



Gunung everest merupakan gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian 8850 meter dari paras laut.

Menariknya lagi, kebanyakan masyarakat Nepal mengelarkan gunung ini sebagai 'Dahi langit' atau dalam bahasa sanskrit Sagarmatha. Manakala masyarakat Tibet pula menggelar gunung ini sebagai 'Ibu Alam' atau dalam bahasa Tibet, Qomolangma.

Berapakah kos untuk mendaki Gunung Everest?

Dianggarkan sekitar USD65 Ribu seorang, dan harga ini termasuk latihan yang diseliakan oleh jurulatih professional.

Untuk info, wanita pertama dari British berjaya menawan puncak ini pada tahun 1995 tanpa bantuan Sherpa dan oksigen. Wanita tersebut adalah Allison Hargreaves, seorang pendaki juga seorang ibu. Hargeaves berjaya menawan puncak Everest pada 13 May 1995 tanpa sebarang bantuan Sherpa dan balang gas oksigen.

Malangnya pada Ogos tahun yang sama, Hargreaves maut ketika menuruni puncak Gunung K2, sebuah gunung yang terletak di Pakistan dan gunung kedua tertinggi di dunia selepas Everest.

Sepanjang pendakian, pendaki menemui hampir 200 orang mayat yang terdampar di gunung ini, dan salah satunya adalah mayat seorang lelaki yang dikatakan berhenti berehat dan dia berehat untuk selamanya.

Menurut pengalaman yang dikumpulkan oleh pendaki Everest, dianggarkan seorang akan mati dalam 10 orang yang berjaya sampai ke puncak.

Menurut rekod, remaja 13 tahun dari Amerika Syarikat adalah manusia termuda yang berjaya sampai ke puncak Everest.

MENAKJUBKAN! Petua Awek Korea Untuk Cantik - Dengan Menggunakan SUDU!!

Wanita Korea Guna Terapi Sudu Jadikan Anak Gadisnya Cantik


Korea Selatan memang terkenal dengan pembedahan plastik yang boleh mengubah wajah wanita jadi cantik dalam masa yang singkat. Tapi seorang ibu mendakwa membuat wajah anaknya menjadi lebih cantik hanya dengan bantuan urutan dan sudu.



Seorang ibu di Korea Selatan mendakwa melakukan terapi sudu. Terapi sudu dilakukan dengan mengurut keseluruhan muka anaknya itu dengan menggunakan tangan dan sudu dari sejak kecil sehingga meningkat remaja sekarang. Akibat dari terapi sudu yang dilakukannya menyebabkan muka anaknya lebih kecil, dagu lebih tajam , mata yang besar dan wujudnya kelopak mata.



Kedua-dua ibu dan anak muncul dalam rancangan talks show, Martian Virus, di mana si ibu membincangkantentang terapi yang dilakukan kepada anaknya sejak kecil yang mempunyai paras rupa yang bulat itu. Disebabkan bentuk muka anaknya bulat, dia menurunkan ilmu terapi yang dipelajari kepada anaknya.



Ibu mulakan rutin mengurut muka anaknya menjadi bentuk yang sesuai. Bukan itu sahaja, dia juga turut mengurut kaki anaknya supaya kaki terbentuk lurus dan panjang. Dia mendakwa bahawa rutin urut menyebabkan lipatan kelopak mata pada mata anak perempuannya – dengan mengurut mata anaknya itu dengan sudu sejuk selama dua puluh minit pada satu masa .



Menurut ibunya lagi, urutan bukanlah satu – satunya rahsia rutin kecantikan dilakukan, bagi memperbaiki kulit wajah, dia kerap memberikan mask yang diperbuat daripada kaki ayam. Ibu menegaskan dia melakukan banyak rawatan kecantikan yang dibuat sendiri dan langsung tidak melakukan pembedahan plastik .

Untuk Dapatkan Badan Yang SADO - Jom Lihat Senarai Makanan Yang Dinikmati The Rock Setiap Hari

Senarai Makanan Yang Dinikmati Oleh Bintang The Rock Setiap Hari (7 Gambar)



Berketinggian 6 kaki 7 Inci, dan berat mencecah 270 Paun (122.47 KG) Bintang Hollywood dan juga bekas ahli sukan Wrestling WWE ini mampu membuatkan penonton kagum setiap kali beliau beraksi di depan kaca TV.Tetapi bagi Dwayne ‘The Rock’ Johnson, untuk memiliki bentuk badan yang sasa dan tegap seperti itu bukanlah suatu perkara yang biasa dan ia tidak datang semudah rutin senaman harian yang selalu kita lihat.



Untuk bergelar bintang Hollywood beliau perlu terikat kepada beberapa rutin diet yang benar-benar ketat dan ekstrim, dan perlu mengambil sejumlah mungkin jumlah kalori yang diperlukan setiap hari.

Dari portal Inggeris DailyMail.UK memberitahu, jumlah kalori yang diambil oleh The Rock adalah 5165 kalori/sehari dan perlu makan sebanyak 10 Paun (4 Kilo) sehari. Setiap hidangan wajib mengandungi karbohidrat dan protein yang secukupnya.

Aktor berusia 43 tahun ini mendedahkan beliau perlu bersenam seawal 4 pagi dan makanan yang disenaraikan oleh pakar diet beliau terdiri daripada daging, ikan, telur, nasi dan sayuran. Itu adalah hidangan wajib yang The Rock perlu makan setiap hari disamping menghabiskan masa sepenuhnya di Gymnasium.

Sarapan Pagi: Selepas sesi kardio pada awal pagi, ini adalah hidangan pertama The Rock

Hidangan lewat pagi: Ikan Kod, sayuran dan ubi keledek manis jadi sajian kedua beliau

Makan Tengahari: Daging/ayam serta secaawan nasi dan sedikit sayur sebagai syarat makan tengah hari The Rock

Petang: Antara makanan kegemaran adalah Ikan Kod sayuran dan juga nasi

Hidangan lewat petang: The Rock bertukar dari nasi kepada hidangan stik dan kentang bakar

Beberapa waktu selepas hidangan lewat petang, The Rock perlu menikmati hidangan Ikan Kod, nasi dan juga sayuran

Hidangan lewat malam (Sebelum tidur): Pada bahagian akhir ini, beliau perlu menghabiskan 10 biji telur putih (Omelette Egg) sebagai hidangan akhir diet harian




Lelaki Ini Mempunyai Paling Ramai Isteri Dan Keluarga Paling Besar Di Dunia

Jom Lihat Lelaki Yang Paling Ramai Isteri Dan Keluarga Paling Besar Di Dunia


Ziona Chana dari perkampungan Baktwang, Mizoram, India diiktiraf sebagai ketua kepada keluarga paling besar di dunia. Berdasarkan fakta, Ziona adalah suami kepada 39 isteri, bapa kepada 94 anak, dan datuk kepada 33 cucu. Kata Chana, 67 tahun, "Aku seperti anak Tuhan yang istimewa. dia mengamanahkanku begitu banyak orang untuk dijaga/dipelihara."



Untuk memastikan perjalanan harian keluarga ini berjalan lancar, semua kerja rumah dikelolakan oleh isteri paling tua Chana, iaitu Zathiangi, 69 tahun. Zathiangi membahagikan tugas mencuci, membersih, dan menyiapkan makanan kepada madu-madunya.

Menurut Rinkmini, isteri Chana yang berusia 35 tahun, Chana berjaya memikat dan mengahwini begitu banyak isteri kerana dia merupakan lelaki yang paling tampan di desa mereka. Rinkmini yang berkahwin dengan Chana 18 tahun lalu mengimbas kembali sejarah perkahwinan mereka yang bermula apabila suaminya itu mengutus sepucuk surat yang menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengannya.



Isteri Chana, Huntharnghanki pula menegaskan bahawa seluruh ahli keluarga hidup dengan aman dan damai kerana mereka saling menyayangi dan menghormati antara satu dengan yang lain.

Untuk memastikan isterinya memperoleh nafkah batin yang sepatutnya, Chana mempunyai sistem rotasi untuk tidur dengan kesemua isterinya. Seperti biasa, isteri yang paling muda tidur di kamar paling dekat dengan biliknya. 


Menurut Chana, untuk makan malam keluarganya memerlukan 30 ekor ayam, 60 kilogram kentang dan hampir 100 kilogram beras. Biarpun menyedari kos untuk menampung perbelanjaan harian keluarganya besar, namun Chana menyuarakan hasrat untuk berkahwin lagi jika bertemu dengan perempuan yang sesuai.